Entry ini adalah kesinambungan bagi Entry sebelum ini ....
Semalam Ellen dan Nemo dah pergi ke hospital tu untuk review keputusan CT Scan yang dibuat baru baru ini, sebelum Ellen ke sana, Nemo ada mengadu yang dia sakit kepala...adeii...sedih juga bila dengar ni semua...hati seorang ibu kan...
So sebelum ke sana , Ellen membawa Nemo untuk berjumpa dengan Doktor keluarga kami, tetapi malangnya pada minggu ini Dr James pergi pula ke Australia dan Ellen tak nak jumpa dengan Dr lain..sebab susah lagi nak ulang2 story ni...apapun Ellen tanya nurse tu samada boleh tak cek HB Nemo ni since dia pening kepala dan pucat sekali muka dia.
Masa nak ambil darah tu susah sket sebab Nemo tidak memberikanoktor kerjasama plak...dia menangis ketakutan..kesian plak tengok dia mengalirkan airmata ni, So Ellen ambil keputusan untuk keluar dari bilik rawatan tu..biar nurse tu ja yang layan..hehee
Akhirnya dapat juga di ambil darah dia..bukan sakit pon...hehehee......
Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, akhirnya nurse tu bawa keluar result tu dan bagitahu memang darah dia rendah bacaan HB...adeiii..lagi la panik ...
Selepas dapat result ni kami ke hospital...huhu...lepas tu kat sana ramai plak patient masa tu...makan malam pun belom..
Lamanya nak tunggu....nak meletop dah!!hahahaa...sian, naga nak kuar api tetiba kena panggil plak....lepas ni jumpa plak ngan doktor Lokam...ekk..nama dia bukan Dr Lokam..tapi Lokam tu ertinya Dr yang part time dan dipinjam dari government Hospital...macam2 plak dia merapu ni..adeii...bila Ellen tanya mana Dr Pakar yang sepatutnya dia yang review hari ni..dia selamba ja jawab.."Dr bla bla..Emergency call kat OT.." Deii na...napa tak bagi tau tadi..nda kami tertunggu2 macam biul...astaganaga ikan duyung negara betul..hahhaaa
Ni kena datang lagi hari Jumaat..tapi sempatlah Ellen tanya dia pasal CT Scan dia kata...kalo ikut report Dr Pakar...Tengkorak kepala dia memang ada retak dan tak da juga darah masuk ke dalam otak setakat ini tapi darah tu ada di bahagian muka..ekk..apa kaitan...tapi kalo tengok memang muka Nemo ni bengkak la...garisan hitam sangat terang di bawah matanya..opss ellen lum ambil pic..nanti Ellen update ke sini ya..
Hmm..malas plak nak membebel lebih ni...macam sedih plak kalo diingat...kalo korang ada apa2 mo tanya..boleh saja..tanya lah kat bawah ni..Ellen akan cuba jawab..huhu
Chan Chin Chau..Ellen....blah dulu...see ya'