Pages

Kerendahan hati punca kejayaan





Dalam kehidupan seharian kita, selalunya kita mahu membuat sesuatu yang terbaik, kalau bukan untuk diri kita sendiri tapi sekurang kurangnya untuk keluarga kita.

Untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, ianya memerlukan pengorbanan dari kita sendiri, terpulanglah bagaimana caranya kita mahu melaksanakannya. Apakah hasilnya, ia juga terpulang dari kesungguhan kita sendiri.

Ellen sering sahaja mendengar pepatah ini, "Di mana ada kemahuan, di sana ada Jalan". Tidak ada yang mustahil sebenarnya di dunia ini, cuma kita saja yang memungkinkan ianya menjadi mustahil.  Semua ini disebabkan sikap kita sendiri yang tidak mahu bersungguh sungguh mencapainya. Sikap mudah putus asa juga mempengaruhi semua keadaan ini.

Teringat Ellen pada suatu cerita mengenai seorang pembantu rumah Indonesia, berkerja dengan satu keluarga yang boleh dikira sangat baik hati. Di samping berkerja sebagai Amah dia juga mempunyai keinginan berjaya dalam pelajaran.  Beliau dengan sokongan dari majikannya mengambil kursus separuh masa di OUM, ternyata beliau berjaya mendapat segulung diploma. Dan kini beliau yang kini telah kembali ke Tanah airnya ditawarkan pekerjaan sebagai pejawat awam di Jabatan kerajaan di sana. Betapa besarnya rezeki yang dia perolehi.  Semua itu datang dari keinginan dan kesungguhan.

Kita juga pastinya boleh berjaya seperti itu, kalau kita mencontohi sikap terbaik yang telah beliau lakukan, tanpa mengenal penat lelah akhirnya kejayaan itu pasti menjadi milik kita.

Satu sikap terpuji sekiranya ada kerendahan diri dalam kehidupan kita, apabila kita mengalami kegagalan, jangan sesekali untuk putus asa malah jadikanlah ianya sebagai pendorong agar kita terus maju.  Anggaplah kagagalan hari ini bukan bererti gagal untuk selama lamanya tapi yang pasti setiap dari kita punyai azam yang kita dan paling penting..buang segala ego dalam diri kita.

Dalam kehidupan Ellen secara peribadi, bukan sekali dua mengalami kegagalan dalam hidup, tapi bukan niat mahu menunjuk tapi berkongsi pendapat bahawa kegagalan kegagalan yang kita alami sebenarnya itulah permulaan kejayaan kita.

Bagi adik2 yang sedang belajar, jangan pernah mengenal lelah sebab ianya bakal memakan diri kita ke arah kegagalan . Kesungguhan , azam dan yang paling penting panjatkan doa kesyukuran dan permohonan kepada Allah itu yang terpenting sekali. Ingati saja pepatah melayu ini "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu Dalih.."

PEACE DAN SAYANG DARI ELLEN

0 TeguRaN:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca...Kalo ada sebarang teguran atau pendapat...Ellen alu alukan dan dahului dengan ungkapan Terima Kasih..Ellen sayang korang!!!