Pages

Kisah Nemo :Nemo Jumpa Doktor Pakar

Entry ini adalah kesinambungan bagi Entry sebelum ini ....


Semalam Ellen dan Nemo dah pergi ke hospital tu untuk review keputusan CT Scan yang dibuat baru baru ini, sebelum Ellen ke sana, Nemo ada mengadu yang dia sakit kepala...adeii...sedih juga bila dengar ni semua...hati seorang ibu kan...

So sebelum ke sana , Ellen membawa Nemo untuk berjumpa dengan Doktor keluarga kami, tetapi malangnya pada minggu ini Dr James pergi pula ke Australia dan Ellen tak nak jumpa dengan Dr lain..sebab susah lagi nak ulang2 story ni...apapun Ellen tanya nurse tu samada boleh tak cek HB Nemo ni since dia pening kepala dan pucat sekali muka dia.





Masa nak ambil darah tu susah sket sebab Nemo tidak memberikanoktor  kerjasama plak...dia menangis ketakutan..kesian plak tengok dia mengalirkan airmata ni, So Ellen ambil keputusan untuk keluar dari bilik rawatan tu..biar nurse tu ja yang layan..hehee

Akhirnya dapat juga di ambil darah dia..bukan sakit pon...hehehee......

Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, akhirnya nurse tu bawa keluar result tu dan bagitahu memang darah dia rendah bacaan HB...adeiii..lagi la panik ...

Selepas dapat result ni kami ke hospital...huhu...lepas tu kat sana ramai plak patient masa tu...makan malam pun belom..

Lamanya nak tunggu....nak meletop dah!!hahahaa...sian, naga nak kuar api tetiba kena panggil plak....lepas ni jumpa plak ngan doktor Lokam...ekk..nama dia bukan Dr Lokam..tapi Lokam tu ertinya Dr yang part time dan dipinjam dari government Hospital...macam2 plak dia merapu ni..adeii...bila Ellen tanya mana Dr Pakar yang sepatutnya dia yang review hari ni..dia selamba ja jawab.."Dr bla bla..Emergency call kat OT.." Deii na...napa tak bagi tau tadi..nda kami tertunggu2 macam biul...astaganaga ikan duyung negara betul..hahhaaa

Ni kena datang lagi hari Jumaat..tapi sempatlah Ellen tanya dia pasal CT Scan dia kata...kalo ikut report Dr Pakar...Tengkorak kepala dia memang ada retak dan tak da juga darah masuk ke dalam otak setakat ini tapi darah tu ada di bahagian muka..ekk..apa kaitan...tapi kalo tengok memang muka Nemo ni bengkak la...garisan hitam sangat terang di bawah matanya..opss ellen lum ambil pic..nanti Ellen update ke sini ya..

Hmm..malas plak nak membebel lebih ni...macam sedih plak kalo diingat...kalo korang ada apa2 mo tanya..boleh saja..tanya lah kat bawah ni..Ellen akan cuba jawab..huhu

Chan Chin Chau..Ellen....blah dulu...see ya'

Kisah Nemo---Nemo Pengsan

Masa ke Klinik pada hari isnin tu, Doktor suruh Ellen dan hubby monitor ja apa yang terjadi padan Nemo...

Selepas balik dari Klinik, sampai kat rumah, Ellen bagi dia makan ubat Ibuprofen yang Doktor bagi ngan dia..lepas tu tidur dan esoknya bangun cam besa..nak redy untuk ke sekolah...Exam dah nak sampai so nak tak nak kena p sekolah juga ya...

Petang tu Guru Tuition Nemo, Teacher Lily call Ellen dan bagitahu Nemo tak nak belajar ,dia asyik nak main saja...bila disuruh belajar dia akan marah dan mengamuk...Cikgunya susah hati sebab esok dah nak exam..ekk..heran juga perangai dia cam ni, nda pernah cikgunya ini call Ellen...so abaikan saja...rasanya itu perangai kanak kanak seusia dia agaknya...Kita doa sajalah ngan dia agar esok masa exam boleh gak jawab sebab Ellen percaya boy Ellen ni bukannya teruk sangat..even kami tak pandai ajar dia bahasa cina namun dia dapat menguasai bahasa ini dengan cepatnya..dia lebih pandai berbahasa Cina dari bahasa Melayu..wakkakakak....so tak pa la kan....

Selepas balik dari exam 1st day tu..exam hari tu paper Bahasa Melayu kefahaman dan penulisan dan Moral rasanya...dia bagitahu Ellen...."Mummy, I am sorry, Nemo Wo pu ke ye chiang., wo eh che X....ekk...apa ker benda tu...nak google jap...hehehee...ok ok...Ellen tanya dia lagi..dia kata "Nemo tak boleh jawab, semua Nemo simpan X".....adoii...ya kah????Tunggu paper dia kena bagi balik...sedih dan heran sebab dia tak pernah cam ni sebelum ni....OMG...

So...hubby ingatkan maybe ini pasal dia terhantuk tu..Ellen menafikannya sebab tak percaya...tapi dalam hati Ellen...betul ker anak ellen yang cerdik , yang ok ni..jadi cam ni...ekk....

Keesokannya paper Bahasa Cina kefahaman dan Penulisan dan Sains agaknya..dia kata dia juga tak boleh jawab....ekk..adoii..what!!!!!sedih plak nak story kat sini..paper BI dia pun cam ni..Matematik lagi lah...dah lain macam fikiran Ellen....huhu....

Dan Semalam...Ellen janji ngan dia kalo dah habis exam..ellen nak bawa dia kat playground di Suria Sabah...masa kat sana..dia main bukan cam besa..dia just ketuk2 benda di bawah tu saja...pelik gak kan...
Selepas kat playground tu Ellen bawa dia jap kat watson..dia minta belikan aiskrim MCD yang Oreo tu..Ellen belikan dan dia nak saja duduk kat luar semasa tunggu ellen nak beli bedak muka...Ellen jap ja kat sana sebab dah tahu nak beli apa...masa Ellen keluar tengok dia dah tidur kat sana..ekk..lepas tu ada duit RM2.00 lagi letak kat sana..huhu..ada orang bagi sedekah ngan Nemo ker...aduhhh!!mana nak letak muka ni....sebab  dia tidur kat sana macam pedatang asing yang nak minta sedekah..Ellen bangunkan dia dan dia terkulai cam tu saja...adeiii..ellen panggil 2 dia dan dah panik....lepas tu dia buka mata dan dia kata dia pening sangat...huhu..lalu Ellen kejarkan dia ke Klinik Keluarga yang kebetulan dekat ja dengan tempat tu..huhu...

Untuk story selanjutnya...nanti Ellen akan post kat entry lepas ni ya....jum layan wajah Nemo yang ceria ni..huhu..sedih giler ni......





Tengoklah betapa cerianya dia kan....

Kisah Nemo- Terjatuh ...Kepala terhantuk dengan kuat

Kanak kanak paling suka kalo time mandi, sebab boleh bermain dengan air dan sabun.  Selalunya Nemo akan mandi sampai puas..dan Ellen biarkan saja dia dengan buih2 sabun tu...itupun kalo tak kelam kabut nak p mana...

Nak dijadikan cerita, Hari isnin tu, Ellen dan Nemo sedang mandi bersama dalam kamar mandi, besalah ngan dia kalo mandi ngan mummy mesti nak kena sabun dan shampoo baik2..sebab dia ni kalo mandi sendiri..fuhh..jangan diharaplah..tapi kadangkala Ellen dan hubby biarkan saja dia mandi, lagipun dia ni kan dah besar..kena train juga...

Entah dimana silapnya pada hari itu, daddy datang dan tetiba ja bawa satu benda yang boleh berbunyi apabila ditiup, ianya satu benda yang dia dapat masa xchange gift masa xmas yang lalu..Benda ni memang kesayangan Nemo ni...Selepas ja mendengar bunyi ni Nemo langsung berlari ke arah Ellen..dan Papp....Kedebokkkkk..dia jatuh...dan OMG kepalanya terhantuk kuat giler kat mangkuk tandas tu...adoiii..terdiam ellen jap dan Nemo dah tak sedar dalam 1 minit begitu...Ellen langsung teriak dan menangis walau masa tu mata penuh ngan shampoo..pedihnya !!!adeiiii...Ellen teriak cam naga dah ni...marahkan hubby sebab dia buat cam tu...

Lalu Ellen bangunkan Nemo dan baru dia menangis...kesiannya kat dia masa tu...korang mesti faham kan perasaan Ellen masa tu..dah blur dan tak tahu nak buat apa dah...huhu...Ellen bersihkan diri dan pakai baju nak sedia ke klinik...tapi anak mummy memang kuat....dia pun pakai baju cam besa saja tapi lepas pakai tu terus ke tilam dan tidur..dia kata sakit sangan..Ellen dan hubby try nak angkat tangan dia tapi dia teriak menangis.....adeiii...patahkah?????

Terus ja ke Klinik Keluarga kami di Bandar Kota Kinabalu dan doktor kata tangannya tak patah cuma maybe terseliuh, ada bengkak sedikit di tempurung kepala tetapi ianya akan surut juga..Doktor just suruh Ellen dan Hubby monitor apa yang perkembangan seterusnya...takut ada pendarahan kat dalam kepala...kena tunggu 2 atau 3 hari kalo ada , akan proceed untuk CT Scan...so Elllen dan hubby balik ke rumah...lusa Nemo nak exam ...adeiii...kesian dia....

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

Tajuk kat atas macam buat panas juga kan...anda panas..?Kalo panas..jum minum 100 Plus...(iklan jap..hihihi)

Idea untuk buat Entry ini ialah apabila Ellen menemui satu artikel dari carian google..Ellen terus teringat dengan seorang kawan baik Ellen masa Sekolah Menengah Rendah dulu. Untuk singkatkan cerita...hehe...Kawan Ellen ni dia berkahwin dengan seorang yang berlainan agama dengan dia...sorry ya, kalo ellen terus terang di sini..kawan Ellen tu seorang Kristian dan dia berkahwin dengan seorang yang beragama Islam. 

Pada mulanya , Keluarga kawan Ellen ni sangat sangat tidak merestui perkahwinan ini dan mereka telah menghalau kawan Ellen dari rumah, korang mesti tahu apa terjadikan..bayangkan saja kisah2 kat movie tu...hehee...

Walaupun keluarga menyisihkan dia , namun naluri hati seorang ibu berbeza dengan orang lain..betul kan?Ibu Kawan Ellen sentiasa sayang dan ingin sekali kawan ellen ni balik untuk bertemu beliau, di hati ibu ini tidak ada sebarang pun rasa dendam. 

Apa yang menyedihkan Ellen ialah si Ibu tadi berusaha untuk berjumpa dengan anaknya namun setiap kali ia cuba untuk menghubungi, kawan Ellen tadi langsung tidak mahu melayan..macam cerita si Tanggang pula..tapi ibu ni tidak plak jadi macam ibu si Tanggang...dia tetap saja mahu mencari peluang agar anak dia menerima dia dan melayan dia sebagai seorang ibu.

Suatu hari, Ibu tersebut jatuh sakit dan ditahan di hospital dan doktor memberitahu bahawa jangka hayat dia tak akan lama.  Si ibu ingin sekali berjumpa dan memeluk anaknya.  Apabila anak tersebut diberitahu tentang hal ibunya ini, dia amat marah sekali , dia berkata begini "Itu bukan ibu saya, saya tiada ibu yang beragama Kristian, biarkan dia mati, sebab kalo dia mati, Islam tidak mengizinkan saya untuk menyentuh ibu saya"..aduhh!!sampai hati dia cakap begitu.....

Ibunya telah meninggal dunia dan dia langsung tidak pergi pun menziarahi jenazah ibunya. 

Saat mendengar kisah kawan Ellen ini, hati Ellen sangat sakit dengan perbuatannya.  Seolah olah dia lupa siapa yang melahirkan dia ke dunia ini kalo bukan ibunya. Sapa yang menyuapkan mulutnya dengan makanan supaya dia terus boleh hidup, kalo bukan ibunya..?

Sampai sekarang persoalan ini masih ada dalam fikiran Ellen...sampai pada hari ini Ellen menemui satu artikel mengenai ini dan rasanya tidak salah untuk Ellen kongsikan di sini.



Hadith:DARI Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku.Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."

Riwayat MuslimHuraian Hadith:1. Di dalam Islam suami dan ibu mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Maka terjawablah persoalan Ellen...tidak salah untuk kita menyentuh ibu kita, memberikan dia kasih sayang sebagai seorang anak walau kita berlainan agama, "Syurga itu dibawah Telapak kaki ibu"


Nota Kaki : Maafkan Ellen sekiranya Post ini adalah sesuatu yang sensitif...berikan komen anda di bawah ini sekiranya anda ingin menegur Ellen mengenai hal ini.

Makan Makan : Steamboat di Kg Nelayan

Hai Salam 1 Malaysia

Bertemu lagi dalam ruangan jalan2 cari makan...host anda pada kali ni seorang pompuan yang tak banyak makan tapi mo makan juga...terimalah....Ellen.....

Hai Hai Hai...Ellen in da Hse...ceh!!bajet nak jadi pengacara la ni..tak jadi ler...hehe

Ellen just2 nak share tempat makan2 yang menarik kat KK ni..kot2 ada sesapa yang nak ke KK leh p ni tempat...Tempat ni nama dia  Kg Nelayan Floating Seafood  Market Restaurant...kat sini banyak Restorannya..Nak Makan Steamboat kena p kat Beijing BBQ Steamboat..kat sini memang femes di kalangan pelancong2 luar dan dalam negara.. hari2 berderet2 bas persiaran parking kat sini bawa tetamu2 mereka...kalo mereka ramai, kita nak p makan pun tinggal tengok ja...sebab dah tak der tempat duduknya...memang merbeles....hehe

Ellen ni suka makan steamboat sebenarnya..hehe..so selalu merajuk ngan hubby sebab tak nak bawa p makan steamboat ni...hehe...sampai satu ketika..dia dah naik kesian ngan wifenya yang memang dah cute ni...so di bawanya kami ke sini tapi ni secara mengejut..tak sempat bawa kamera jadi kamera henpon cikai pun jadilah..asal jer ada...hehe

Ellen tak der la ambik2 gambar kat tempat ambik makanan ni..sebab henpon jer kan..malu gak...jap ellen pinjam kat google...
Cook-it-yourself BBQ and Steamboat Buffet with more than 90 varieties of food. Eat as much as you can with a choice of Tom Yam or Chicken Soup flavor.
Telephone: 088-266667
Business Hours: 6.30pm - 11.00pm daily
Harganya RM30.00 jer sekepala..leh makan sebanyak kita mampu...kalo budak2 bawah 4 kaki FOC jer, kalo lbh kena caj Half price...murah ker.?

Sila lah layan pic2 yang kuar dari henpon cikai2 tu..abaikan segala kekaburan yang ada..hehe
Lihatlah asap2 yang berkepul2 tu...miahahaha
Nemo siap Thumbs up tanda puas hati betoii...
Nemo nak goreng2 ....sedap..nyum2..
Ellen kan diet..so ni ja di makan..huhu..boleh caya ker..?
So pada sapa2 yang nak ke KK tu, harap2 info ni berguna untuk korang...hehe

[entry ini dari blog ellen yang satu ...http://mummynemo.com..ellen kumpulkan di sini untuk perkongsian bersama ]

Kerendahan hati punca kejayaan





Dalam kehidupan seharian kita, selalunya kita mahu membuat sesuatu yang terbaik, kalau bukan untuk diri kita sendiri tapi sekurang kurangnya untuk keluarga kita.

Untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, ianya memerlukan pengorbanan dari kita sendiri, terpulanglah bagaimana caranya kita mahu melaksanakannya. Apakah hasilnya, ia juga terpulang dari kesungguhan kita sendiri.

Ellen sering sahaja mendengar pepatah ini, "Di mana ada kemahuan, di sana ada Jalan". Tidak ada yang mustahil sebenarnya di dunia ini, cuma kita saja yang memungkinkan ianya menjadi mustahil.  Semua ini disebabkan sikap kita sendiri yang tidak mahu bersungguh sungguh mencapainya. Sikap mudah putus asa juga mempengaruhi semua keadaan ini.

Teringat Ellen pada suatu cerita mengenai seorang pembantu rumah Indonesia, berkerja dengan satu keluarga yang boleh dikira sangat baik hati. Di samping berkerja sebagai Amah dia juga mempunyai keinginan berjaya dalam pelajaran.  Beliau dengan sokongan dari majikannya mengambil kursus separuh masa di OUM, ternyata beliau berjaya mendapat segulung diploma. Dan kini beliau yang kini telah kembali ke Tanah airnya ditawarkan pekerjaan sebagai pejawat awam di Jabatan kerajaan di sana. Betapa besarnya rezeki yang dia perolehi.  Semua itu datang dari keinginan dan kesungguhan.

Kita juga pastinya boleh berjaya seperti itu, kalau kita mencontohi sikap terbaik yang telah beliau lakukan, tanpa mengenal penat lelah akhirnya kejayaan itu pasti menjadi milik kita.

Satu sikap terpuji sekiranya ada kerendahan diri dalam kehidupan kita, apabila kita mengalami kegagalan, jangan sesekali untuk putus asa malah jadikanlah ianya sebagai pendorong agar kita terus maju.  Anggaplah kagagalan hari ini bukan bererti gagal untuk selama lamanya tapi yang pasti setiap dari kita punyai azam yang kita dan paling penting..buang segala ego dalam diri kita.

Dalam kehidupan Ellen secara peribadi, bukan sekali dua mengalami kegagalan dalam hidup, tapi bukan niat mahu menunjuk tapi berkongsi pendapat bahawa kegagalan kegagalan yang kita alami sebenarnya itulah permulaan kejayaan kita.

Bagi adik2 yang sedang belajar, jangan pernah mengenal lelah sebab ianya bakal memakan diri kita ke arah kegagalan . Kesungguhan , azam dan yang paling penting panjatkan doa kesyukuran dan permohonan kepada Allah itu yang terpenting sekali. Ingati saja pepatah melayu ini "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu Dalih.."

PEACE DAN SAYANG DARI ELLEN

Bersih 2.0 di Kota Kinabalu

Apa itu Bersih? Kalo ikut betul, bersih ni maksudnya suci, tidak kotor...

Apa itu Bersih 2.0 ? Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan yang dijangka akan menghimpun kira2 300,000 orang dan akan diadakan pada 9hb Julai 2011.

Perhimpunan ini diadakan atas sebab mereka mahukan pengundian memilih wakil rakyat dan pemimpin negara diadakan secara telus dan pihak penganjur ini menuntut  8 perkara ini daripada Kerajaan Malaysia.


1) Bersihkan Senarai Undi
2) Menreformasi undi pos
3) Guna Dakwat kekal
4) Masa kempen Minima 21 hari
5) Akses Media yang Bebas dan adil
6) Kukuhkan Institusi Awam
7) Hentikan Rasuah
8) Hentikan politik kotor


Ketua perhimpunan bersih 2.0 - Datuk S.Ambiga


Ellen sendiri pun nda faham sebenarnya apa yang dituntut..dengan siapa mereka menuntut..apa yang heran dan membimbangkan ialah di Sabah pun mo juga diadakan macam ni..cukuplah buat di KL saja kan..sebab nak serahkan tuntutan tu di sana...mo baca pasal tu klik SINI


Dengar cerita, seorang penyanyi rap sabah iaitu Atama yang mengetuai perhimpunan ini...apa pun kita harapkan yang terbaik, perbincangan yang terbaik dan segalanya terbaekk la...


p/s jangan gado2...tak best untuk kesihatan..ahaks!!








    Kisah Nemo dan Asma

    Cuaca di Kota Kinabalu memang tak begitu baik sejak akhir2 ni...Hujan dan panas silih berganti, Kalo time panas...panas terik sangat dan kalo time hujan..akan hujan sekuatnya...

    Inilah faktor menyebabkan klinik2 penuh saja sekarang. Nemo juga tidak terlepas dari pergi mengunjungi klinik keluarga kami ni..

    Memang sejak dari bayi lagi, Nemo telah pun disahkan menghidap penyakit asma ni, kesian juga ngan dia sebab tidak membesar seperti kanak kanak lain, seawal usianya 11 bulan dia telah menjalani satu pembedahan untuk memasukkan sesuatu di saluran kencingnya, ketika itu dia mengalami masalah untuk kencing dan doktor di Hospital mengatakan bahawa saluran kencingnya tersumbat.  Dia selalu saja demam. Apa yang paling menyedihkan ialah semasa di bilik pembedahan dia telah diserang sawan (Febrile Fit) dan pada masa itu kami tidak ada di sisinya kerana kami cuma dibenarkan menunggu di luar sehingga selesai prosedur itu.  Sedih sungguh Ellen dan hubby!!!..Selepas dari kejadian di bilik bedah tu, seringkali dia diserang dengan sawan ini. Wad Kanak Kanak Hospital Queen Elizabeth tu dah jadi seperti rumah kedua dia.

    Pada masa yang sama, dia di serang sawan dan asma...hancur hati kami suami isteri melihat keadaan ini, Namun kami teruskan berdoa agar Nemo akan sihat seperti sediakala. Kami berulang alik ke Wad sehinggalah dia berusia 5 tahun. Syukur, sebab selepas saja merayakan Ulangtahunnya yang ke 5, dia sudah jarang ke Hospital. Ini bukanlah disebabkan kami tidak mempunyai temujanji di sana lagi tapi kami telah mengambil keputusan untuk membawanya menjalani  rawatan di Klinik Swasta saja. Korang pun faham juga bagaimana keadaan di Hospital Kerajaan kan..huhu...

    Penyakit sawannya kini sudah berkurangan dan sudah 2 tahun dia tidak diserang, tetapi penyakit asma nya tetap ada..dalam sebulan mesti sekali dia akan di pam...aduhh!..

    Petang tadi juga dia mengadu yang dia susah nak bernafas dan tak berdaya nak jalan, masa tu Nemo ada dekat Opis mummy, dia kata nak suruh mummy dukung..adoiii!!!dah besar cam tu gmana nak dukung nemo..hahhaaaa...nasib baik Klinik tu tak jauh dari opis mummy. Sampai saja kami di sana, Jururawat terus membawa Nemo berjumpa dengan doktor, walaupun masa tu masih ramai orang di depan. Kira cam kes emergency la ni kan...

    Masa Nemo kena pam tadi..sempat lagi mummy ambil pic dia...hehee..jum layan...



    Menyempat lagi Nemo ni Peace..hahaaa..ada ja kan...

    Cerita ni sengaja Ellen simpan di sini sebagai kenangan Nemo di masa depan...



    Entry Pertama Ellen

    Hari ini Ellen mula nak buat satu blog baru ..dan inilah hasilnya...diariellen.blogspot.com.

    Rasanya korang tertanya2 ..banyaknya blog Ellen ni kan...hehe...okies, Ellen nak gtau yang blog ini akan ellen jadikan sebagai tempat Ellen nak lahirkan karya2 Ellen sendiri..kalo ada pun entry yang Ellen ambil di mana mana sumber..Ellen akan cuba untuk menulisnya sendiri..hehe..so harap korang bagi sokongan ngan Ellen ya..

    Blog Ellen di Mummynemo.com, masih lagi wujud..di sana ada segala2 nya..bermacam info ada di sana...so jangan lupa jenguk sana juga ya..

    Di sini juga Ellen akan masukkan hal2 peribadi, keluarga dan apa yang berlaku di sekitar Ellen...hehe...

    Nah..tu Sajalah....sampai bertemu di entry seterusnya...Tunguuuuu...hehee..sebelum tu terimalah wajah Ellen yang sebenar..hahaaa...