Tajuk kat atas macam buat panas juga kan...anda panas..?Kalo panas..jum minum 100 Plus...(iklan jap..hihihi)
Idea untuk buat Entry ini ialah apabila Ellen menemui satu artikel dari carian google..Ellen terus teringat dengan seorang kawan baik Ellen masa Sekolah Menengah Rendah dulu. Untuk singkatkan cerita...hehe...Kawan Ellen ni dia berkahwin dengan seorang yang berlainan agama dengan dia...sorry ya, kalo ellen terus terang di sini..kawan Ellen tu seorang Kristian dan dia berkahwin dengan seorang yang beragama Islam.
Pada mulanya , Keluarga kawan Ellen ni sangat sangat tidak merestui perkahwinan ini dan mereka telah menghalau kawan Ellen dari rumah, korang mesti tahu apa terjadikan..bayangkan saja kisah2 kat movie tu...hehee...
Walaupun keluarga menyisihkan dia , namun naluri hati seorang ibu berbeza dengan orang lain..betul kan?Ibu Kawan Ellen sentiasa sayang dan ingin sekali kawan ellen ni balik untuk bertemu beliau, di hati ibu ini tidak ada sebarang pun rasa dendam.
Apa yang menyedihkan Ellen ialah si Ibu tadi berusaha untuk berjumpa dengan anaknya namun setiap kali ia cuba untuk menghubungi, kawan Ellen tadi langsung tidak mahu melayan..macam cerita si Tanggang pula..tapi ibu ni tidak plak jadi macam ibu si Tanggang...dia tetap saja mahu mencari peluang agar anak dia menerima dia dan melayan dia sebagai seorang ibu.
Suatu hari, Ibu tersebut jatuh sakit dan ditahan di hospital dan doktor memberitahu bahawa jangka hayat dia tak akan lama. Si ibu ingin sekali berjumpa dan memeluk anaknya. Apabila anak tersebut diberitahu tentang hal ibunya ini, dia amat marah sekali , dia berkata begini "Itu bukan ibu saya, saya tiada ibu yang beragama Kristian, biarkan dia mati, sebab kalo dia mati, Islam tidak mengizinkan saya untuk menyentuh ibu saya"..aduhh!!sampai hati dia cakap begitu.....
Ibunya telah meninggal dunia dan dia langsung tidak pergi pun menziarahi jenazah ibunya.
Saat mendengar kisah kawan Ellen ini, hati Ellen sangat sakit dengan perbuatannya. Seolah olah dia lupa siapa yang melahirkan dia ke dunia ini kalo bukan ibunya. Sapa yang menyuapkan mulutnya dengan makanan supaya dia terus boleh hidup, kalo bukan ibunya..?
Sampai sekarang persoalan ini masih ada dalam fikiran Ellen...sampai pada hari ini Ellen menemui satu artikel mengenai ini dan rasanya tidak salah untuk Ellen kongsikan di sini.
Hadith:DARI Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku.Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."
Riwayat MuslimHuraian Hadith:1. Di dalam Islam suami dan ibu mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.Sumber: Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaMaka terjawablah persoalan Ellen...tidak salah untuk kita menyentuh ibu kita, memberikan dia kasih sayang sebagai seorang anak walau kita berlainan agama, "Syurga itu dibawah Telapak kaki ibu"
Nota Kaki : Maafkan Ellen sekiranya Post ini adalah sesuatu yang sensitif...berikan komen anda di bawah ini sekiranya anda ingin menegur Ellen mengenai hal ini.
1 TeguRaN:
Memang itulah yang ada dalam fikiran Ellen kak, apa pun agama tidak pernah mengajar benda macam ni kan, itu semua kesilapan dan dendam anak itu sendiri. Ellen harap suatu hari nanti dia akan sedar dengan ni semua...
Sedihkan kak, kalo ada orang macam ni..
Apapun ini adalah sekadar perkongsian dari Ellen...Thanks ya kak kerana mengomen.
Post a Comment
Thanks kerana sudi membaca...Kalo ada sebarang teguran atau pendapat...Ellen alu alukan dan dahului dengan ungkapan Terima Kasih..Ellen sayang korang!!!